kupu2

Tuesday, December 8, 2009

Do You Ready To Fly??

Bukankah anda sudah lama mendapat tiket free untuk satu penerbangan?

Yang mana?

Oh, sudah lupakah?

air-asia-airline

-Now everyone can fly-

Alaa.. yang flight..

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan tetapi dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Di mana penerbangannya bukan melalui Air Asia atau Air Jordan tetapi Al-Jenazah.

Di mana had kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat,atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita .

Dimana bajunya bukan Pierre Cardin, B.U.M. atau setaraf dengannya tetapi kain putih ‘cotton’.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paris Hilton, tetapi air mawar dan cendana.

Di mana passport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.

Di mana visa kita bukan sekadar 6 bulan, tetapi Lailahaillallah.

Di mana pelayannya bukan si pramugari Michelle, tetapi Izrail dan lain-lain.

Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas ‘bussiness’ atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi adalah tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6-7 kaki yang gelap gelita.

Di mana pegawai imigresen bukanlah pihak kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka memeriksa kita sama ada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi sama ada Syurga atau Neraka.

Di mana tidak perlu alat pengesan untuk memeriksa ‘barang haram’ anda.

Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

Di mana destinasi terakhir sama ada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka yang merah menyala-nyala

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ia adalah percuma,jadi, simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu anda tidak perlu bimbang.

Jangan risaukan ‘delays’, penerbangan ini sentiasa tepat pada waktunya,ia akan berangkat dan tiba tepat pada waktunya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,anda telah hilang selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ia telah siap ditempah sejak anda disenyawakan dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! (Sekiranya anda boleh!)

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa ‘amaran’!!

Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan!

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA DENGAN PENERBANGAN INI???

No comments:

Post a Comment